ad
AGENSI

Pendaftaran kelahiran anak Selangor dibuka semula, terhad 1,553 pemohon

2 Dis 2024, 10:05 AM
Pendaftaran kelahiran anak Selangor dibuka semula, terhad 1,553 pemohon
Pendaftaran kelahiran anak Selangor dibuka semula, terhad 1,553 pemohon

SHAH ALAM, 2 DIS: Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) membuka semula pendaftaran program Iltizam Anak Selangor kepada 1,553 pemohon terawal.

Menurut Yawas, pendaftaran boleh dibuat menerusi laman sesawang https://anas.yawas.com.my/ bagi kelahiran anak Selangor pada 2022 hingga 2024.

Katanya, permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh lima tahun yang dikreditkan ke akaun tersebut.

“Kuota adalah terhad dan pemohon perlu melampirkan dokumen sokongan yang lengkap. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-5481 8800,” katanya di Facebook.

Iltizam Anak Selangor merupakan skim di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang yang menyasarkan 30,000 kanak-kanak baru lahir di Selangor bermula kelahiran 2022.

Akaun Simpan SSPN Prime akan dibuka, serta wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh lima tahun akan dikreditkan ke akaun tersebut.

Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh Kerajaan Negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak mencapai 18 tahun dan ke atas.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.