ad
ADN

DUN Taman Templer lancar aplikasi, mudahkan penduduk terima maklumat

2 Dis 2024, 8:30 AM
DUN Taman Templer lancar aplikasi, mudahkan penduduk terima maklumat

SHAH ALAM, 2 DIS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer melancarkan aplikasi Kita Templer bagi memudahkan urusan penduduk menerima perkhidmatan.

Wakil rakyatnya Anfaal Saari berkata sistem berkenaan antara lain berfungsi memudahkan komunikasi dan penyebaran maklumat kepada warga DUN Taman Templer.

“Melalui aplikasi ini, penduduk boleh mendapatkan berita terkini mengenai DUN Taman Templer, kalendar program-program menarik, direktori bantuan daripada Kerajaan Selangor dan promosi perniagaan tempatan,” katanya di laman X.

Anfaal yang juga EXCO kebajikan masyarakat memberitahu aplikasi itu turut memudahkan pihaknya memantau perkembangan DUN selain memperkukuh hubungan antara penduduk setempat.

Beliau menambah, aplikasi berkenaan boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play Store.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.