ad
AGENDA

KDN cadang pemakaian kamera badan kepada anggota imigresen

2 Dis 2024, 4:50 AM
KDN cadang pemakaian kamera badan kepada anggota imigresen
KDN cadang pemakaian kamera badan kepada anggota imigresen

SHAH ALAM, 2 DIS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhasrat melaksanakan pemakaian kamera badan kepada anggota Jabatan Imigresen di pintu masuk utama negara, khususnya sempadan Johor dan Singapura.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata cadangan itu akan dibuat menerusi peruntukan yang disediakan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

“Kementerian dalam perancangan untuk menyediakan 'body cam' (kamera badan) bagi petugas di kaunter pintu masuk utama negara.

"Ini terutamanya di Kompleks Sultan Abu Bakar dan Bangunan Sultan Iskandar bawah peruntukan RMK-13," katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

[caption id="attachment_611066" align="alignleft" width="436"] Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. Foto BERNAMA[/caption]

Beliau menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) berhubung cadangan mewajibkan pemakaian kamera badan bagi membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan petugas imigresen.

Tahun lalu, KDN dilapor bercadang memperluas penggunaan kamera badan kepada agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Penjara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata KDN juga sedang mempertimbang sistem baharu yang lebih efisien iaitu penggunaan kod QR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut ahli parlimen Lenggong, sistem berkenaan dijangka dapat mempercepatkan proses pemeriksaan di kaunter imigresen selain membantu meningkatkan tahap keselamatan negara.

“Penggunaan kod QR akan diperluas ke pintu masuk utama negara yang bersesuaian, termasuk lapangan terbang antarabangsa yang lain dan pusat pemeriksaan di sempadan darat serta laut,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.