SHAH ALAM, 2 DIS: Kira-kira 100 ahli pasukan Sukarelawan Selangor (Serve) akan digerakkan ke negeri terjejas banjir, termasuk Kedah dan Kelantan untuk operasi pascabah.
Pengarah eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor berkata ahli akan membersihkan rumah mangsa, namun pergerakan hanya bermula selepas tiada lagi gelombang banjir.
“Kita memang sudah bersiap sedia memandangkan tiap tahun kita hantar pasukan ke negeri terjejas. Namun semua bergantung kepada keadaan semasa.
“Dalam masa sama, ahli juga bersedia dengan kejadian banjir di Selangor. Sekarang hujan kerap berlaku selain fenomena air pasang,” kata Mohamad Nizam Marjugi ketik dihubungi.
Belia berkata pasukan berkenaan turut membawa kelengkapan antaranya pam air serta alatan pembersihan.
Semalam, Dato’ Menteri Besar memaklumkan pentadbirannya bersedia membantu beberapa negeri terkesan bah dengan menghantar sukarelawan bagi proses pembersihan.
Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, pihaknya turut menghubungi Kementerian Belia dan Sukan untuk bersama-sama membantu mangsa banjir terutama di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Sebelum ini, Selangor menerusi Serve dan Team Selangor menghantar pasukan sukarelawan bagi membantu mangsa banjir di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.
Selain sumbangan tenaga, Kerajaan Negeri turut menyumbang dana dan mengagihkan bakul makanan.