ad
AGENSI

Pendidikan kukuh bantu Selangor lahir generasi berfikiran kreatif

1 Dis 2024, 11:00 AM
Pendidikan kukuh bantu Selangor lahir generasi berfikiran kreatif
Pendidikan kukuh bantu Selangor lahir generasi berfikiran kreatif

SHAH ALAM, 1 DIS: Kemajuan dicapai negeri ini tidak hanya bersandar kepada industri perniagaan dan pelaburan langsung asing (FDI) semata-mata, sebaliknya turut disokong pengukuhan asas pendidikan.

Dato’ Menteri Besar berkata penekanan kepada bidang itu mampu melahirkan generasi yang memiliki keupayaan berfikir, mengawal emosi dan kemuliaan adab, yang bakal memanfaatkan pentadbiran negeri.

“Bila sistem pendidikan menyeluruh bertemu inovasi, teknologi moden dan pemikiran kreatif, kita akan meneroka transformasi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

[caption id="attachment_675886" align="alignright" width="500"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap merasmikan majlis penutup Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor(SES) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 1 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Ini mungkin impian besar tetapi tidak akan berhasil kalau tidak berbuat apa-apa. Jadi usaha negeri termasuk penganjuran Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) sebagai permulaan untuk menjadi lestari, berdaya huni dan dirahmati,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap ketika merasmikan majlis penutup SES yang berlangsung sejak Rabu lalu di Pusat Konvensyen Setia Alam, dekat sini hari ini.

SES yang julung kali dianjur menghimpunkan empat ekspo utama iaitu Pesta Buku Antarabangsa Selangor, Ekspo Penyelidikan dan Inovasi Selangor, Ekspo STEM Selangor serta Worldskills Malaysia Selangor 2024.

Program dijangka menerima kehadiran lebih 300,000 pengunjung itu turut melibatkan kerjasama beberapa syarikat terkemuka seperti Apple, Siemens, Dassault Systemes dan Mendix.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.