ad
AGENDA

Banjir: Beberapa jalan utama daerah Raub ditutup untuk kenderaan ringan

1 Dis 2024, 3:36 AM
Banjir: Beberapa jalan utama daerah Raub ditutup untuk kenderaan ringan
Banjir: Beberapa jalan utama daerah Raub ditutup untuk kenderaan ringan
Banjir: Beberapa jalan utama daerah Raub ditutup untuk kenderaan ringan

KUANTAN, 1 DIS: Beberapa jalan utama di daerah Raub ditutup untuk semua kenderaan ringan berikutan banjir susulan hujan lebat sejak petang semalam

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dalam kenyataan yang yang dimuat naik di Facebook berkata antara jalan yang ditutup kepada kenderaan ringan adalah di Kilometer (km) 344 - KM342 Jalan Kuala Lipis-Kota Bharu (Gali Lurus-Gali Hilir) dan Jalan Cheroh-Gesing (jambatan Gesing).

“Ekoran hujan lebat semalam pada pukul 6 petang sehingga kini, telah menyebabkan banjir di daerah Raub, dan beberapa jalan utama turut dinaiki air sejak pagi tadi.

“Kawalan lalu lintas dilakukan oleh Trafik IPD Raub. Laluan hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja,” menurut kenyataan itu.

Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila 19 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Lipis bagi menempatkan 579 mangsa daripada 185 keluarga setakat pukul 10.15 pagi.

-- BERNAMA

[caption id="attachment_675832" align="aligncenter" width="375"] Beberapa jalan utama di daerah Raub dinaiki air serta ditutup untuk kenderaan ringan pada 1 Disember 2024. Foto Facebook Polis Daerah Raub[/caption]

[caption id="attachment_675833" align="aligncenter" width="375"] Beberapa jalan utama di daerah Raub dinaiki air serta ditutup untuk kenderaan ringan pada 1 Disember 2024. Foto Facebook Polis Daerah Raub[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.