ad
AGENDA

Warga emas ditemui maut dengan kesan tikaman di ruang tamu rumah

1 Dis 2024, 3:31 AM
Warga emas ditemui maut dengan kesan tikaman di ruang tamu rumah

KULAI, 1 DIS: Seorang lelaki warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman di ruang tamu rumahnya di Taman Bahagia, Senai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan mangsa yang ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah itu daripada orang awam, kira-kira 11.42 pagi.

“Lelaki tempatan berusia 67 tahun itu tinggal berseorangan di rumah tersebut. Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badannya mendapati ada kesan tikaman dipercayai menggunakan objek tajam.

“Tiada barangan hilang dari rumah mangsa dan kita masih menyiasat motif dan punca kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menyeru orang awam yang mempunyai maklumat kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Nur Aniyah Ismail di talian 013-9792526 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai di talian 07-6632222.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.