ad
EXCO

PKPS, Segi Fresh buka pasar raya kelima di Batu Laut, tawar barangan asas murah

30 Nov 2024, 7:13 AM
PKPS, Segi Fresh buka pasar raya kelima di Batu Laut, tawar barangan asas murah
PKPS, Segi Fresh buka pasar raya kelima di Batu Laut, tawar barangan asas murah
PKPS, Segi Fresh buka pasar raya kelima di Batu Laut, tawar barangan asas murah
PKPS, Segi Fresh buka pasar raya kelima di Batu Laut, tawar barangan asas murah
PKPS, Segi Fresh buka pasar raya kelima di Batu Laut, tawar barangan asas murah
PKPS, Segi Fresh buka pasar raya kelima di Batu Laut, tawar barangan asas murah
PKPS, Segi Fresh buka pasar raya kelima di Batu Laut, tawar barangan asas murah
PKPS, Segi Fresh buka pasar raya kelima di Batu Laut, tawar barangan asas murah

KUALA LANGAT, 30 NOV: Pasaraya Ehsan Segi Fresh cawangan kelima yang menawarkan harga barangan asas berpatutan dibuka di Batu Laut, Tanjung Sepat.

Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat berkata pasar raya itu adalah usaha Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan Segi Fresh untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

Jelas Datuk Borhan Aman Shah, pasar raya tersebut yang turut menjual produk Ehsan dijangka memanfaatkan lebih 5,000 penduduk termasuk di Batu Laut, Kampung Kundang, Tanjung Sepat dan Ladang Batu

"Alhamdulillah, hasrat untuk membuka pasar raya di bangunan milik Majlis Amanah Rakyat (Mara) Selangor berjaya dilaksana Bangunan ini diberi wajah baharu serta kemudahan lain sekali gus memanfaatkan penduduk," katanya ditemui selepas merasmikan pasar raya tersebut di sini, hari ini.

[caption id="attachment_675644" align="aligncenter" width="700"] EXCO Perumahan dan Kebudayaan, Datuk Borhan Aman Shah membuat lawatan ketika Majlis Pembukaan Cawangan Ehsan Segi Fresh Batu Laut di Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 30 November 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Borhan yang juga EXCO perumahan pembukaan pasar raya itu akan memudahkan penduduk kerana mereka tidak perlu ke pekan terdekat di Tanjung Sepat untuk membeli barangan keperluan harian.

"Penduduk setempat akan jimat masa, jimat tenaga dan jimat duit kerana tidak perlu ke pekan untuk membeli barangan keperluan harian," katanya.

Bagi meluaskan capaian, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

PKPS juga melancarkan Pasar Raya Ehsan Mart di Dataran Selayang, Batu Caves yang menawarkan harga barangan asas lebih rendah. Pasar raya itu bakal diperluas di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

[caption id="attachment_675682" align="aligncenter" width="700"] EXCO Perumahan dan Kebudayaan, Datuk Borhan Aman Shah membuat lawatan ketika Majlis Pembukaan Cawangan Ehsan Segi Fresh Batu Laut di Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 30 November 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_675680" align="aligncenter" width="700"] EXCO Perumahan dan Kebudayaan, Datuk Borhan Aman Shah membuat lawatan ketika Majlis Pembukaan Cawangan Ehsan Segi Fresh Batu Laut di Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 30 November 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_675645" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai membeli barangan jualan ehsan rahmah ketika majlis Pembukaan Cawangan Ehsan Segi Fresh Batu Laut di Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 30 November 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_675684" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai membeli barangan jualan ehsan rahmah ketika majlis Pembukaan Cawangan Ehsan Segi Fresh Batu Laut di Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 30 November 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_675646" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai membeli barangan jualan ehsan rahmah ketika majlis Pembukaan Cawangan Ehsan Segi Fresh Batu Laut, di Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 30 November 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_675675" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai membeli barangan jualan ehsan rahmah ketika majlis Pembukaan Cawangan Ehsan Segi Fresh Batu Laut, di Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 30 November 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.