ad
AGENSI

Selangor rekod peningkatan 10 peratus mualaf sejak 2020

30 Nov 2024, 6:36 AM
Selangor rekod peningkatan 10 peratus mualaf sejak 2020
Selangor rekod peningkatan 10 peratus mualaf sejak 2020
Selangor rekod peningkatan 10 peratus mualaf sejak 2020

KUALA LANGAT, 30 NOV: Selangor merekodkan purata peningkatan 10 peratus pertambahan mualaf sejak 2020, dengan kaum tertinggi memeluk Islam adalah daripada komuniti India.

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Salwana Ahmad Dahlan berkata setakat Julai lalu, daerah Hulu Langat mencatat pertambahan saudara baharu Islam tertinggi diikuti Gombak.

“Banyak faktor menyumbang kepada pertambahan mualaf antaranya mungkin disebabkan pendekatan kita yang lebih mesra masyarakat dan kita juga melaksanakan banyak program dakwah di lapangan.

[caption id="attachment_675656" align="alignleft" width="500"] Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Salwana Ahmad Dahlan berucap dalam program Ijtimak Mualaf peringkat Kuala Langat yang dianjur dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di Kompleks Islam Kuala Langat pada 30 November 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Jadi, mereka ini nampak sendiri keindahan Islam selain ditambah dengan perkembangan isu semasa dan faktor mereka ingin berkahwin dengan orang Islam,” katanya.

Terdahulu beliau menyempurnakan program Ijtimak Mualaf peringkat Kuala Langat yang dianjur dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di Kompleks Islam Kuala Langat di sini, hari ini.

Majlis julung kali itu disertai lebih 200 saudara baharu Islam dengan pelbagai pengisian acara menarik antaranya sembang santai, sukaneka, cabutan bertuah dan saringan kesihatan.

Menurut Salwana, Jais bercadang meluaskan program berkenaan ke seluruh daerah bermula tahun depan bagi memastikan komuniti mualaf terus dibantu dan tidak berasa terpinggir.

“Kita akan luaskan program ini dan kita akan lihat apa lagi perkara yang kita boleh bantu mereka (golongan mualaf). Kita mahu ingatkan mereka bahawa inilah konsep persaudaraan dalam Islam,” katanya.

[caption id="attachment_675654" align="aligncenter" width="845"] Pemeriksaan kesihatan antara aktiviti Ijtimak Mualaf peringkat Kuala Langat yang dianjur dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di Kompleks Islam Kuala Langat pada 30 November 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.