ad
AGENDA

Juruwang wanita maut ditikam di restoran, tujuh rakan sekerja ditahan

30 Nov 2024, 4:56 AM
Juruwang wanita maut ditikam di restoran, tujuh rakan sekerja ditahan

KUALA LUMPUR, 30 NOV: Juruwang wanita maut ditikam di restoran tempatnya bekerja di sebuah pusat beli-belah di Cheras, di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata setakat ini, tujuh suspek terdiri rakan sekerja mangsa sudah ditahan bagi membantu siasatan kejadian yang menimpa wanita warga China berusia 49 tahun itu, sekitar 3 hingga 4 petang semalam.

“Mangsa dipercayai ditikam beberapa kali pada bahagian badan dengan pisau dan pemeriksaan awal menemukan antara empat hingga lima kesan tikaman pada tubuhnya.

“Dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dengan ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidil berkata pemeriksaan lanjut di tempat kejadian tidak menemukan senjata tajam yang digunakan untuk menikam mangsa.

“Buat masa ini kita menahan tujuh suspek yang terdiri daripada rakan sekerja mangsa untuk bantu siasatan. Kita juga masih menyiasat motif pembunuhan selain mengesan saksi yang dapat membantu siasatan polis,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.