ad
BERITA UTAMA

Buku teroka pemikiran tokoh dunia, dari Yunani hingga Islam

30 Nov 2024, 2:00 AM
Buku teroka pemikiran tokoh dunia, dari Yunani hingga Islam
Buku teroka pemikiran tokoh dunia, dari Yunani hingga Islam
Buku teroka pemikiran tokoh dunia, dari Yunani hingga Islam
Buku teroka pemikiran tokoh dunia, dari Yunani hingga Islam
Buku teroka pemikiran tokoh dunia, dari Yunani hingga Islam
Buku teroka pemikiran tokoh dunia, dari Yunani hingga Islam
Buku teroka pemikiran tokoh dunia, dari Yunani hingga Islam
Buku teroka pemikiran tokoh dunia, dari Yunani hingga Islam
Buku teroka pemikiran tokoh dunia, dari Yunani hingga Islam
Buku teroka pemikiran tokoh dunia, dari Yunani hingga Islam
Buku teroka pemikiran tokoh dunia, dari Yunani hingga Islam

Aneka karya termasuk buku falsafah diterjemah Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) melalui Siri Pencerahan Selangor sejak 2016 bagi mendedahkan pembaca terhadap naskhah agung dunia.

Dari Republik karangan Plato, ahli falsafah Yunani, merentasi pandangan tokoh dunia Islam tersohor Imam al-Ghazali, buku sedemikian memiliki kelompok peminatnya tersendiri. Karya tersebut boleh didapati di reruai P100 dan N69 di Pesta Buku Antarabangsa Selangor di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam antara 27 November hingga 3 Disember.

 

Berikut ringkasan intipati sebahagian naskhah berkenaan:

 

Cetera Falsafah

Buku ini cuba menyingkap perkembangan sisi gelap pemikiran manusia menuju puncak cahaya pengetahuan. Ia meliputi sejarah sejak kelahirannya di Yunani sehingga merangkumi abad keemasan falsafah Jerman, Inggeris dan Perancis.

Turut mengupas Socrates, Plato dan Aristotle dari Yunani purba, daripada Thales sehingga Karl Popper, buku ini mengajak kita menelusuri kebijaksanaan fikiran umat manusia sekali gus menekankan peri penting falsafah dalam kehidupan seharian.

 

Hikayat Hayy bin Yaqzan: Manusia Asuhan Rusa

Jauh lebih awal sebelum muncul watak Tarzan, Mowgli dan Robinson Crusoe, Hayy bin Yaqzan diasuh seekor rusa betina sedari kecil di pulau al-Waqwaq yang terpencil.

Pengembaraan luar biasa sejak kelahirannya mendorong Hayy bergelut dengan persoalan makna kehidupan yang paling dalam. Sepanjang pengembaraan, kita menelusuri gejolak pemikiran manusia yang mencari kebenaran hakiki.

 

Penyelamat Daripada Kesesatan

Al-Munqidz min al-Dhalal antara karya Imam al-Ghazali paling banyak dibaca di seluruh dunia. Naskhah ini seperti sebuah autobiografi tetapi bukan autobiografi sepenuhnya.

Al-Ghazali bercerita tentang perkembangan intelektual dan kerohaniannya serta membawa hujah pembelaan terhadap tasawuf sebagai jalan yang membawa kepada pengetahuan tertinggi.

 

Tiga Cerita Falsafah

Zadig, Micromegas dan Candide adalah tiga satira karangan Voltaire sebagai parodi bertujuan menyindir institusi pemerintahan, raja-raja dan keagamaan pada zamannya.

Satira itu antaranya menampilkan pengembaraan aneh watak-wataknya dan menyampaikan kritikan yang dihalakan ke beberapa penjuru sosial dan budaya masyarakat sekali gus.

Republik

Karya Plato ini antara sebilangan karya yang memiliki nilai yang kekal abadi buat manusia. Naskhah itu meneroka banyak persoalan penting dalam kehidupan dan pemikiran.

Naskhah tersebut meneliti pelbagai persoalan tentang masyarakat yang sempurna dan individu citaan dalamnya yang terpancar dalam dialog antara Socrates dan tiga orang rakannya.

Republik juga menyentuh peranan wanita dan lelaki sebagai ‘penjaga’ negara dan rakyat. Handal menggunakan ibarat, Plato memberi gambaran negara harmoni yang diperintah oleh filasuf.

 

Risalah Tentang Kelazatan Yang Tercela

Keserakahan terhadap kelazatan duniawi tiada bertepi. Dari makan-minum, harta-benda, pasangan dan zuriat mahupun kuasa dan pangkat, manusia tidak pernah berasa cukup akan nikmat di muka bumi.

Fakhruddin al-Razi mengarang tulisan ini sebagai panduan demi mengecap kelazatan yang mulia sekali gus nasihat tegas demi membentengi diri daripada kelazatan yang tercela.

 

Renungan Metafizik

Keraguan yang timbul terhadap kepercayaan yang digenggam erat selama ini menjadi teras utama gagasan yang dibentang René Descartes.

Buku yang diterjemah dari adikarya beliau pada 1641 mengajak pembaca berfikir lebih kritis dan benar-benar jujur demi merungkai banyak persoalan penting yang sering dipandang enteng.

Fikiran: Sebuah Pengantar Ringkas

Apakah erti menjadi manusia? Jawapannya perlu bermula dengan perbahasan mengenai gejala fikiran kerana gejala fikiran membina jambatan antara manusia dan alam.

Pengarang J R Searle memperkenal pembaca kepada falsafah fikiran. Melalui perbahasan tegang sekitar kerancuannya, beliau menciri dan membahaskan falsafah fikiran dari pelbagai sudut.

 

Manusia dan Alam Tabi’i: Kemelut Ruhani Manusia Moden

Buku pemikir Islam dunia ini meneroka hubungan antara manusia dan alam tabii menurut pandangan pelbagai tradisi agama terutama dari sudut pandang tasawuf.

Seyyed Hossein Nasr menegaskan peri penting kesedaran mendalam tentang asal-usul manusia dan alam tabii sebagai cara bagi mengatasi ketidakseimbangan akibat pelbagai krisis dunia semasa.

Buku ini hadir ketika kita berdepan kegetiran seperti banjir, tanah runtuh, puting beliung akibat perubahan alam yang mendadak.

 

Voltaire: Satu Karangan Tentang Toleransi

Tersentak dengan hukuman mati ke atas Jean Calas yang dituduh membunuh anak sendiri kerana murtad menjadi Katolik, Voltaire membincangkan konsep toleransi ketika awal kemunculan Zaman Pencerahan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.