SHAH ALAM, 30 NOV: Orang ramai berpeluang mendapat potongan sehingga 20 peratus pembelian buku Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024.
Karnival berlangsung sehingga 3 Disember di Pusat Konvensyen Setia City, IBDE menerusi Facebook memaklumkan potongan itu tertakluk kepada pembeli yang mendaftar sebagai ahli.
Berikut antara tawaran lain IBDE :
- 10 peratus potongan untuk pembelian satu hingga dua buku
- 15 peratus potongan pembelian tiga buku ke atas
- Kalendar IBDE 2025 percuma dengan pembelian RM100
- Kalendar + beg Al-Ghazali percuma dengan pembelian RM200
- Kombo Ihya' Jilid 1–5 RM300
- Kombo Imam Al-Ghazali RM90
- Kombo novel RM140
Untuk mendapatkan naskhah itu, pengunjung boleh ke reruai IBDE bernombor P100 dan N69 dalam dewan 1 untuk membeli pelbagai karya agung dunia dengan harga menarik.
IBDE yang menerima geran Kerajaan Negeri giat menerbitkan buku terjemahan pelbagai genre meliputi sejarah, falsafah dan agama, sesetengah naskhah asal berusia ribuan tahun.
Karya terbitan IBDE boleh didapati melalui kedai buku Rencana di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya atau secara atas talian menerusi pautan www.bukuibde.com.