ad
AGENDA

Tiga individu terperangkap, tanah runtuh hempap rumah

29 Nov 2024, 11:26 AM
Tiga individu terperangkap, tanah runtuh hempap rumah

KUALA BERANG, 29 NOV: Tiga individu dipercayai satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang tadi.

Kenyataan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu memaklumkan panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada 4.59 petang sebelum 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang dan dibantu BBP Wakaf Tapai ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi didapati tanah runtuh menghempap rumah. Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada 5.17 petang tadi.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) telah mengaktifkan Unit STORM (Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia) ke lokasi. Operasi sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.