ad
BERITA UTAMA

EXCO: Selangor tuai hasil pertama Bawang Rose Ehsan berjumlah 32 tan

29 Nov 2024, 10:00 AM
EXCO: Selangor tuai hasil pertama Bawang Rose Ehsan berjumlah 32 tan
EXCO: Selangor tuai hasil pertama Bawang Rose Ehsan berjumlah 32 tan
EXCO: Selangor tuai hasil pertama Bawang Rose Ehsan berjumlah 32 tan
EXCO: Selangor tuai hasil pertama Bawang Rose Ehsan berjumlah 32 tan
EXCO: Selangor tuai hasil pertama Bawang Rose Ehsan berjumlah 32 tan

 

KUALA SELANGOR, 29 NOV: Selangor melakar sejarah apabila menuai hasil bawang pertama negeri berjumlah 32 tan melibatkan kawasan seluas lapan ekar di Selangor Fruit Valley (SFV) di Bestari Jaya, di sini.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata bawang yang dinamakan Bawang Rose Ehsan dihasilkan menggunakan teknologi Internet kebendaan (IoT) dan melalui proses penanaman selama 135 hari.

“Projek ini dilaksanakan di tanah seluas 25 ekar secara keseluruhan di SFV, dengan fasa pertama melibatkan lapan ekar. Untuk fasa pertama ini, kita berjaya hasilkan empat tan bawang per ekar.

“Kita menggunakan benih dari India yang berkualiti tinggi serta mempunyai daya tahan terhadap penyakit,” katanya pada sidang media selepas program memperkenalkan hasil tuaian pertama Bawang Rose Ehsan di SFV hari ini.

[caption id="attachment_675519" align="aligncenter" width="1137"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim (empat, kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi melihat bawang yang telah dituai pada Majlis Tuaian Fasa Pertama Projek Tanaman Bawang PKPS di Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya pada 29 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi dan Ketua Pengarah Pertanian Datuk Nor Sam Alwi.

Dalam pada itu, Izham berkata permintaan tinggi terhadap bawang menyebabkan Selangor mengambil langkah memulakan tanaman sendiri selain mengurangkan kebergantungan terhadap hasil import.

Tambahnya, semua hasil bawang akan dijual di pasar raya Ehsan Mart dan Sri Ternak, dengan sasaran keuntungan RM32,000 bagi seekar tanaman.

[caption id="attachment_675520" align="aligncenter" width="1124"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi melihat bawang yang dituai pada Majlis Tuaian Fasa Pertama Projek Tanaman Bawang PKPS di Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya pada 29 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Kita dimaklumkan, setiap seorang rakyat di negara ini makan 1.2 kilogram bawang setahun. Jadi kita cuba hasilkan bawang sendiri walaupun pada mulanya memang ada keraguan untuk kita hasilkan bawang secara berterusan,” katanya.

Pada 28 Februari lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan menyasarkan 14,470 tan bawang dihasilkan menjelang 2026 melibatkan kawasan seluas 1,374 hektar di seluruh negara.

Menurut Mohamad Sabu inisiatif menerusi Projek Pembangunan Tanaman Bawang bertujuan mencapai sasaran pengurangan 30 peratus pengimportan bawang menjelang 2030.

[caption id="attachment_675521" align="aligncenter" width="1128"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi menunjukkan bawang yang dituai pada Majlis Tuaian Fasa Pertama Projek Tanaman Bawang PKPS di Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya pada 29 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_675511" align="aligncenter" width="1342"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi melawat rumah pam yang menggunakan sistem IOT pada Majlis Tuaian Fasa Pertama Projek Tanaman Bawang PKPS di Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya pada 29 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.