ad
AGENDA

TNB nafi lepaskan air Empangan Pergau, ingatkan jangan sebar berita palsu

29 Nov 2024, 7:31 AM
TNB nafi lepaskan air Empangan Pergau, ingatkan jangan sebar berita palsu

KOTA BHARU, 29 NOV: Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menafikan dakwaan Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air seperti yang tular di media sosial.

TNB dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan air di empangan berkenaan berada pada paras normal dan terkawal.

“TNB ingin memaklumkan bahawa mesej tular yang kononnya Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air adalah tidak benar.

“Pengurusan Stesen juga telah memaklumkan status terkini empangan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan Jawatankuasa Bencana Daerah Jeli,” menurut kenyataan itu.

Justeru, TNB meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi TNB menerusi laman Facebook TNB CareLine atau X @Tenaga Nasional.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.