ad
AGENDA

Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hari ini

29 Nov 2024, 1:43 AM
Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hari ini
Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hari ini

SHAH ALAM, 29 NOV: Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal melanda di seluruh Kelantan dan Terengganu hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran hujan lebat tahap bahaya melibatkan daerah Jerantut dan Kuantan di Pahang.

Agensi itu memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Perlis; Kedah meliputi Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling; Perak (Hulu Perak) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin).

Hujan berterusan tahap waspada pula diramal berlaku di Pulau Pinang; Kedah (Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu); Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar); Pahang (Raub, Bentong, Temerloh dan Bera); Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi) dan Sabah (Sandakan dan Kudat).

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi telefon bimbit myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan. Orang ramai juga boleh menghubungi talian 1-300-22-1638 untuk pertanyaan lanjut,” maklumnya menerusi kenyataan.

[caption id="attachment_675423" align="aligncenter" width="630"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.