ad
AGENDA

Hujan: Paras air stesen Pekan Meru Klang lepasi tahap bahaya takat 10 malam

28 Nov 2024, 2:35 PM
Hujan: Paras air stesen Pekan Meru Klang lepasi tahap bahaya takat 10 malam

SHAH ALAM, 28 NOV: Paras air sungai di stesen Pekan Meru (Klang) melepasi paras bahaya dengan bacaan 4.66 meter(m) berbanding paras normal 2.8m, setakat jam 10 malam ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri menerusi laman sesawang memaklumkan paras air di stesen Saujana Aman (Kuala Selangor) juga berada pada paras bahaya dengan bacaan 7.53m, melebihi paras normal 5m.

Berdasarkan info jabatan itu lagi, beberapa stesen menunjukkan bacaan paras air pada tahap waspada iaitu Kg Pasir (Hulu Langat) dan Kg Sungai Selisik (Hulu Selangor).

Petang tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di seluruh Selangor hingga 9 malam.

Perkembangan terkini paras air boleh layari http://infobanjirjps.selangor.gov.my/index.html

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.