ad
PBT

MBDK buka permohonan lesen tapak bazar Aidilfitri, Tahun Baharu Cina

28 Nov 2024, 1:23 PM
MBDK buka permohonan lesen tapak bazar Aidilfitri, Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 28 NOV: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) membuka permohonan lesen tapak niaga bazar Aidilfitri Jalan Taiping bermula 9 Disember hingga 17 Januari ini.

Timbalan Datuk Bandarnya Mohd Zary Affendi Mohd Arif berkata 356 petak disediakan tahun depan membabitkan jualan keperluan perayaan, bunga api, inai, belon dan makanan, minuman.

"Bazar Aidilfitri Jalan Taiping yang merangkumi Jalan Taiping, Jalan Nangka, Jalan Raja Hassan, Jalan Taman dan sebahagian Jalan Melayu akan dibuka mulai 7 sehingga 30 Mac.

"Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui www.mylesen.mbdk.gov.my," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat penuh hari ini.

Sementara itu, Mohd Zary berkata permohonan bazar Tahun Baharu Cina termasuk tapak jualan limau dalam kontena turut dibuka bermula 16 Disember ini.

"Kaedah pemberian tapak adalah secara siapa cepat dia dapat. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui www.mylesen.mbdk.gov.my mulai 16 Disember ini.

"Tarikh tutup permohonan bagi tapak bazar Tahun Baharu Cina adalah 21 Januari manakala tapak jualan buah limau dalam kontena pada 28 Januari," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.