ad
BERITA UTAMA

Selangor galak PBT bangun pelan tindakan, kukuhkan ekosistem usahawan

28 Nov 2024, 8:00 AM
Selangor galak PBT bangun pelan tindakan, kukuhkan ekosistem usahawan
Selangor galak PBT bangun pelan tindakan, kukuhkan ekosistem usahawan

PETALING JAYA, 28 NOV: Setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini digalak membangunkan pelan tindakan usahawan bagi mengukuhkan ekosistem peniaga makro dan merancakkan ekonomi setempat.

EXCO Keusahawanan Najwan Halimi berkata rancangan tersebut juga bakal melonjakkan prestasi hasil negeri, dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi PBT terawal melaksanakannya.

“MBPJ melalui Pelan Strategik Usahawan Petaling Jaya 2021-2030 menetapkan rancangan untuk kukuhkan ekonomi peniaga di kawasan pentadbirannya dalam tempoh sembilan tahun.

[caption id="attachment_675309" align="alignright" width="488"] EXCO Keusahawanan Najwan Halimi berucap ketika Majlis Anugerah Usahawan Berpotensi Petaling Jaya 2024 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 28 November 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“PBT lain khususnya berstatus bandar raya digalak mempunyai pelan sendiri kerana kita tidak boleh lagi mentadbir usahawan secara konvensional disebabkan pendigitalan yang mencetus persaingan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Usahawan Berpontensi Petaling Jaya 2024 di Dewan Banquet MBPJ, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Najwan berkata Selangor sedang merangka pelan tindakan ekonomi kreatif untuk memacu pendapatan melalui bidang tersebut sebelum dikuatkuasakan tahun depan.

“Pentadbiran melihat ekonomi kreatif ada potensi menjana hasil kerana pemain industri seperti penulis lagu, lirik dan filem jadi penggerak jana ekonomi melalui konsert yang dibuat,” jelasnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.