ad
PBT

MBDK tawar bayaran kompaun parkir serendah RM15 sepanjang Disember

28 Nov 2024, 8:00 AM
MBDK tawar bayaran kompaun parkir serendah RM15 sepanjang Disember

SHAH ALAM, 28 NOV: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menawarkan kempen pengurangan kompaun letak kereta serendah RM15.

Timbalan Datuk Bandarnya Mohd Zary Affendi Mohd Arif menyeru orang ramai mengambil peluang melunaskan kompaun mulai 1 hingga 31 Disember.

"Tawaran ini melibatkan kompaun letak kereta dengan kadar serendah RM15 sehingga RM300 bagi kompaun melibatkan pelbagai kesalahan trafik.

"Orang ramai digesa merebut peluang ini dengan menjelaskan tunggakan sebelum tindakan tegas dikenakan termasuk pendakwaan di mahkamah," katanya.

Bercakap ketika mempengerusikan mesyuarat penuh hari ini, Mohd Zary bagaimanapun berkata kompaun itu tidak tertakluk bagi beberapa kesalahan.

"Pengurangan ini tidak tertakluk kepada kesalahan meletak kenderaan di parkir orang kelainan upaya, petak khas dan menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana tempat atau parkir kereta," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.