ad
EXCO

Hujan, sampah lambatkan pembinaan tebatan banjir Sungai Subang

28 Nov 2024, 7:22 AM
Hujan, sampah lambatkan pembinaan tebatan banjir Sungai Subang

Oleh Yasmin Ramlan

SHAH ALAM, 27 NOV: Hujan berterusan dan paras sungai yang tinggi menyebabkan proses pembinaan tebatan banjir Sungai Subang mengalami kelewatan.

Bagaimanapun EXCO Infrastruktur dan Pertanian Ir Izham Hashim berkata beliau yakin projek itu dapat disiapkan Ogos tahun depan.

"Projek ini berdepan cabaran besar termasuk hujan lebat yang kerap dan paras air yang tinggi ketika musim peralihan monsun, yang menghalang kerja-kerja pembinaan seperti penggalian dan pelebaran sungai.

"Pembuangan sampah haram menyebabkan kawasan penggalian ditutup sisa, yang perlu dikeluarkan dan diangkut ke tapak pelupusan yang sesuai.

"Oleh itu, masa dan kos tambahan diperlukan daripada kontraktor untuk menyiapkan projek ini," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini semalam.

Izham berkata projek tebatan banjir Sungai Subang, yang bermula 5 Februari lalu dijadualkan siap pada 4 Ogos tahun depan.

Setakat Oktober, projek berkenaan siap 18 peratus.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.