ad
BERITA UTAMA

Sukan air meriahkan Karnival Ban Canal, saji aktiviti menarik

27 Nov 2024, 6:10 AM
Sukan air meriahkan Karnival Ban Canal, saji aktiviti menarik
Sukan air meriahkan Karnival Ban Canal, saji aktiviti menarik
Sukan air meriahkan Karnival Ban Canal, saji aktiviti menarik
Sukan air meriahkan Karnival Ban Canal, saji aktiviti menarik
Sukan air meriahkan Karnival Ban Canal, saji aktiviti menarik
Sukan air meriahkan Karnival Ban Canal, saji aktiviti menarik
Sukan air meriahkan Karnival Ban Canal, saji aktiviti menarik
Sukan air meriahkan Karnival Ban Canal, saji aktiviti menarik

Karnival Ban Canal 2024 di Parit 14, Simpang Lima berlangsung lima hari sejak Isnin menyajikan pelbagai aktiviti menarik kepada orang ramai.

Pesta anjuran Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bersama Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam, Majlis Daerah Sabak Bernam dan rakan strategik, Persatuan Kanu Selangor Scan menyasar 20,000 pengunjung.

Antara acara disediakan adalah sukan air, pameran agensi kerajaan dan swasta selain deretan gerai jualan dan diserikan dengan kuliah maghrib tazkirah.

Dirasmikan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tunku Amir Shah, karnival turut menjadi lokasi mempromosi pelancongan berasaskan kampung dan pertanian.

Hayati tarikan karnival yang dirakam jurufoto, HARUN TAJUDIN ketika perasmian pada 26 November lalu.

[caption id="attachment_675092" align="alignnone" width="758"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (duduk, tengah) bergambar bersama peserta kayak di Karnival Ban Canal 2024[/caption]

[caption id="attachment_675093" align="alignnone" width="793"] Peserta beraksi pada perlumbaan kayak di Karnival Ban Canal 2024[/caption]

[caption id="attachment_675130" align="alignnone" width="854"] Permandangan dari atas ban canal dari Tanjong Karang yang mengalir ke Sabak Bernam sepanjang 30km yang berfungsi sebagai sistem pengairan sawah padi[/caption]

[caption id="attachment_675133" align="alignnone" width="885"] Antara peserta perlumbaan kayak di Karnival Ban Canal 2024[/caption]

[caption id="attachment_675042" align="alignnone" width="893"]
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah), Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan M Yusop (tiga, kiri) serta EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail (dua, kiri) membunyikan hon sebagai simbolik perasmian Karnival Ban Canal 2024[/caption]

[caption id="attachment_675134" align="alignnone" width="790"] Perlumbaan kayak di Karnival Ban Canal 2024[/caption]

[caption id="attachment_675041" align="alignnone" width="852"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan M Yusop (tiga dari kanan) dan EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail (kanan sekali) melepaskan 10,000 benih ikan baung ke parit bagi menyempurnakan pelepasan perlumbaan kayak[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.