ad
AGENDA

Menteri: Teliti pelanjutan skim mySalam bagi tempoh dua tahun lagi

26 Nov 2024, 9:12 AM
Menteri: Teliti pelanjutan skim mySalam bagi tempoh dua tahun lagi
Menteri: Teliti pelanjutan skim mySalam bagi tempoh dua tahun lagi

KUALA LUMPUR, 26 NOV: Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti untuk melanjutkan pelaksanaan skim mySalam bagi tempoh dua tahun lagi.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata skim mySalam yang pada asalnya dirancang untuk beroperasi bagi tempoh lima tahun bermula 2019 hingga 2023, dilanjutkan bagi tempoh dua tahun sehingga 2025 di bawah Belanjawan 2024.

"Selanjutnya, Kementerian Kewangan dan BNM sedang mengkaji pelanjutan skim mySalam untuk tambahan dua tahun lagi sementara merangka skim baharu yang dapat menyediakan insurans dan takaful mampu diperoleh golongan B40 untuk tempoh jangka panjang.

[caption id="attachment_665424" align="alignleft" width="500"] Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Foto BERNAMA[/caption]

"Sehubungan itu, dalam Belanjawan 2025, kerajaan menyediakan RM60 juta bagi penyediaan baucar untuk membiayai sebahagian kos produk Perlindungan Tenang untuk golongan B40," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) mengenai rancangan jangka panjang untuk skim mySalam agar skim ini terus dinikmati golongan B40 serta kebajikan kakitangannya.

Dalam pada itu, Amir Hamzah berkata elaun petugas mySalam dilantik secara kontrak oleh Great Eastern Takaful Berhad (GETB) telah dinaikkan kepada RM110 sehari bermula 1 November lalu.

Beliau berkata sekiranya petugas berhasrat menamatkan kontrak tugasan mereka, industri takaful turut menyediakan peluang keusahawanan bagi petugas tersebut untuk menjadi ejen atau perunding takaful.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.