SHAH ALAM, 25 NOV: Kerajaan Negeri mempunyai jumlah peruntukan yang mencukupi untuk membayar Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada penjawat awam.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata kemampuan tersebut berdasarkan pelan kewangan yang telah dirancang dengan betul dan berhemah oleh pentadbiran negeri.
"Peruntukan BKK pada tahun ini adalah dua bulan setengah dan tahun depan kita akan menambah lagi sebulan manakala akhir tahun kemungkinan tambah namun bergantung prestasi semasa.
"Jumlah itu sudah pasti mencukupi berdasarkan pelan kewangan yang sebetulnya," katanya ketika bacaan kedua Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2025 hari ini.
Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2025, Dato' Menteri Besar mengumumkan pemberian BKK 2024 sebanyak dua bulan kepada semua penjawat awam yang akan dibayar secara berperingkat.
Amirudin berkata BKK pertama akan dibayar pada 30 Disember ini dan seterusnya pada 25 Mac 2025 sempena sambutan Aidilfitri.