ad
BERITA UTAMA

Taman Aero Antarabangsa, projek janakuasa tawar peluang kerja, lonjak ekonomi Selangor

25 Nov 2024, 8:21 AM
Taman Aero Antarabangsa, projek janakuasa tawar peluang kerja, lonjak ekonomi Selangor
Taman Aero Antarabangsa, projek janakuasa tawar peluang kerja, lonjak ekonomi Selangor

SHAH ALAM, 25 NOV: Pembangunan Taman Aero Antarabangsa di Sepang dan projek stesen janakuasa Pulau Indah (PIPP) yang terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) menawar peluang kerjaya berkualiti tinggi sekali gus membawa perubahan kepada sektor ekonomi.

EXCO sumber manusia berkata projek Carey Selangor dan Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) juga dikenal pasti menjadi pemacu perubahan untuk melonjakkan kedudukan ekonomi Selangor menguasai rantau ini.

“RS-1 dirangka bagi memenuhi keperluan jangka pendek dan membina daya tahan masa hadapan. Satu tema strategik RS-1 adalah mengukuhkan ekonomi dan menyelaras pembangunan bagi menarik minat syarikat bertaraf antarabangsa termasuk syarikat unicorn.

“Ia juga bertujuan memacu projek pemangkin sektor tumpuan utama dan kawasan geografi terpilih, yang bakal memberi manfaat dan kelebihan daya saing negeri akan terus membantu mewujudkan peluang pekerjaan tambahan pada masa hadapan,” kata V Papparaidu di sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

[caption id="attachment_673892" align="aligncenter" width="1026"] EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu menjawab soalan ketika sesi Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kedua yang ke-15 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 19 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Minggu lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata RS-1 yang menjadi kerangka pembangunan negeri untuk tempoh lima tahun sehingga 2025 mencapai tahap hampir 60 peratus setakat September.

Daripada 282 projek, program dan inisiatif (PPI) yang dirancang, beliau menjelaskan 65 peratus melibatkan 183 PPI masih dalam pelaksanaan selain 38 projek dalam fasa pra-pelaksana dan dijangka siap tahun depan.

Setakat ini 30 PPI sudah siap sepenuhnya dan 22 projek akan siap tahun ini manakala sembilan lagi PPI belum bermula dan dijangka dimulakan tahun depan.

RS-1 diumum pada Julai 2022 di DNS bertujuan membentuk ekonomi mampan dan cekal demi menjamin kesejahteraan rakyat selain mencapai hasrat negeri menyumbang 30 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2025.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.