ad
AGENDA

Nelayan lemas terjatuh sampan ketika cari ketam di Klang

24 Nov 2024, 1:09 PM
Nelayan lemas terjatuh sampan ketika cari ketam di Klang

SHAH ALAM, 24 NOV: Seorang nelayan ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika mencari ketam dan umpun-umpun di Jeti Pengkalan Sayang Disayang, Kampung Rantau Panjang, Klang dekat sini semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian orang jatuh sungai pada 10.49 pagi.

Beliau berkata susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara telah digerakkan ke lokasi.

“Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun dipercayai terjatuh dari sampan dan ditemukan pada jarak lima ke 10 meter (dari tebing) kira-kira 1 tengah hari tadi.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai seorang diri di atas sampan dan sedang mencari ketam serta umpun-umpun. Mayat telah dibawa naik ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.