ad
AGENSI

PKNS rancang 12 projek hartanah, nilai pembangunan hingga RM1.7 bilion

23 Nov 2024, 2:00 PM
PKNS rancang 12 projek hartanah, nilai pembangunan hingga RM1.7 bilion
PKNS rancang 12 projek hartanah, nilai pembangunan hingga RM1.7 bilion
PKNS rancang 12 projek hartanah, nilai pembangunan hingga RM1.7 bilion

CYBERJAYA, 23 NOV: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) merancang membangunkan projek hartanah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.5 bilion hingga RM1.7 bilion, tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dato’ Mahmud Abbas berkata dianggarkan sekitar 12 projek hartanah bakal dibangunkan dengan enam projek pada setengah tahun pertama 2025 dan selebihnya setengah tahun kedua 2025.

“Untuk PKNS tahun depan kita akan lancar secara keseluruhannya berjumlah kira-kira RM1.5 bilion hingga RM1.7 bilion (GDV). Ia merangkumi sekitar 12 projek.

“Kami cuba untuk bergerak ke pasaran lebih tinggi. Kita ada anak syarikat yang akan membina rumah (berharga) setengah juta atau RM600,000. Jadi dengan cara itu kita boleh memastikan bahawa kita mengekalkan keuntungan kita,” katanya.

[caption id="attachment_674511" align="aligncenter" width="700"] Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS Dato' Mahmud Abbas melihat replika perumahan di galeri ketika majlis Penutup Pilih Karnival Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Galeri Jualan Selangor Cyber Valley, Sepang pada 23 November 2024. Turut sama Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Sepang Dato' Abd Hamid Hussain. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Ditemui selepas melancarkan PKNS Pilih Karnival 2024 di Selangor Cyber Valley (SCV) di sini, Mahmud berkata transformasi dinamik PKNS meneroka pembangunan hartanah bernilai tinggi dan komersial membolehkan agensi itu terus menyumbang kembali kepada Kerajaan Negeri.

“PKNS punya tanggungjawab sosial korporat RM63 juta setahun. Jika (dikira) pada kadar 10 peratus, jualan RM630 juta diperlukan untuk menampung jumlah itu. Oleh itu, kita perlu melakukan lebih banyak lagi dan kita perlu mempunyai margin yang lebih baik. Tahun depan kita jangka menyumbang sekitar RM63 juta juga untuk CSR,” katanya.

Terdahulu, Mahmud merasmikan pembukaan rasmi galeri jualan SCV yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk rumah contoh bagi projek di kawasan sekitar.

Sebelum ini Mahmud berkata PKNS melabur hampir RM4 bilion bagi membangunkan dua perbandaran baharu, SCV di sini serta Siera Alam, Setia Alam. Projek kediaman berkenaan dijangka lengkap sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun secara berperingkat.

[caption id="attachment_674512" align="aligncenter" width="700"] Pengunjung melihat replika perumahan di galeri ketika majlis Penutup Pilih Karnival Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Galeri Jualan Selangor Cyber Valley, Sepang pada 23 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.