ad
AGENDA

Dasar kelulusan 14 hari perkukuh status Selangor gerbang pelaburan Asean

23 Nov 2024, 8:59 AM
Dasar kelulusan 14 hari perkukuh status Selangor gerbang pelaburan Asean
Dasar kelulusan 14 hari perkukuh status Selangor gerbang pelaburan Asean

SHAH ALAM, 23 NOV: Langkah pentadbiran negeri memperkenalkan Dasar Speed Selangor akan mengukuhkan kedudukannya sebagai pintu masuk pelaburan rantau Asia Tenggara.

Setiausaha Akhbar Dato’ Menteri Besar Jay Jay Denis berkata dasar tersebut alan memendekkan tempoh kelulusan kebenaran merancang bagi kawasan industri terancang kepada 14 hari sekali gus menarik peluang pelaburan.

"Sasaran ketika ini adalah untuk menjadikan Selangor sebagai pilihan utama di Asean. Fokus Dato’ Seri Amirudin Shari bukan sahaja untuk kekalkan Selangor sebagai negeri dengan ekonomi yang kukuh tetapi bagaimana Selangor mampu jadi pilihan utama di Asia Tenggara.

[caption id="attachment_674492" align="alignleft" width="396"] Setiausaha Akhbar Dato’ Menteri Besar Jay Jay Denis ketika diwawancara menerusi program Hai Selangor terbitan SelangorTV pada 20 November 2024[/caption]

“Kita perlu ambil manfaat daripada kepengerusian Malaysia di Asean tahun depan. Selangor juga ada pelbagai industri dan tidak tumpu pada hanya satu industri seperti negeri lain,” ketika diwawancara menerusi program Hai Selangor terbitan Selangor TV, baru-baru ini.

Malaysia dipilih sebagai pengerusi Asean tahun depan selepas memegang jawatan itu sebanyak empat kali pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Dalam pada itu, Jay Jay berkata Dasar Speed Selangor diperkenal selepas mengambil maklum balas daripada semua pihak termasuk pemain industri dan pihak pelaksana, seiring matlamat ke arah negeri berpendapatan tinggi.

Menurutnya, hasil dapatan Kerajaan Negeri mendapati wujud permintaan tinggi daripada pelabur namun berdepan kekangan antaranya proses permohonan yang panjang.

“Mereka (pelabur) ada keinginan yang sangat hebat untuk melabur. Jadi tugas kita di peringkat Kerajaan Negeri adalah membantu mereka bertapak dengan kaedah paling cepat tanpa bebankan sistem penjawat awam,” katanya.

Pada pembentangan Belanjawan Selangor 2025, Amirudin memperkenalkan Dasar Speed Selangor bagi memendekkan tempoh kelulusan kebenaran merancang bagi kawasan industri terancang dari 3.5 bulan kepada 14 hari.

Menurutnya, dasar berkenaan sejajar dengan agenda Kerajaan Negeri untuk memudahcara perniagaan selain memberi tumpuan kepada industri baharu untuk bertapak di Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.