ad
AGENDA

PGA Kelantan tahan dua lelaki seludup petrol

22 Nov 2024, 1:00 AM
PGA Kelantan tahan dua lelaki seludup petrol

KOTA BHARU, 22 NOV: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak petrol di pangkalan haram Mat Roji di Rantau Panjang, Pasir Mas pagi kelmarin.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata operasi dilakukan pada 11.30 pagi menerusi Op Taring Wawasan Kelantan, dan dua lelaki masing-masing berusia 23 dan 29 tahun turut ditahan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan pihak PGA menemukan beberapa tong mengandungi lebih 420 liter minyak petrol dalam dua kereta Proton Waja dan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM40,861.

“Minyak petrol ini dipercayai untuk diseludup ke negara jiran manakala kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan semalam.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.