ad
AGENDA

21 kanak-kanak antara 40 terperangkap kepala air di Dabong

21 Nov 2024, 12:09 PM
21 kanak-kanak antara 40 terperangkap kepala air di Dabong

KOTA BHARU, 21 NOV: Jabatan Bomba dan Penyelamat Dabong menyelamatkan seramai 40 yang terperangkap dalam kejadian kepala air di Kampung Gua Ikan, Dabong, Kuala Krai, petang ini.

Komander Operasi Mohd Aiman Aminuddin berkata mangsa terdiri daripada 21 kanak-kanak dan 19 orang dewasa.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 3.24 petang dan tiba di lokasi enam minit kemudian.

"Kami mengerahkan tujuh keanggotaan ke lokasi kejadian untuk tindakan menyelamatkan kesemua mangsa terperangkap itu.

"Bomba menggunakan bot untuk memunggah dan memindahkan kesemua mangsa yang terperangkap ke dalam bot dan operasi menyelamat selesai pada 5.13 petang hari ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, bomba menasihati orang awam agar menghentikan kesemua aktiviti rekreasi dan sukan lasak, selain tidak ke kawasan yang berisiko tinggi pada musim tengkujuh ini.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.