ad
AGENDA

Tukar al-Quran rosak, diskaun saman dalam program dua tahun kerajaan MADANI

21 Nov 2024, 11:05 AM
Tukar al-Quran rosak, diskaun saman dalam program dua tahun kerajaan MADANI
Tukar al-Quran rosak, diskaun saman dalam program dua tahun kerajaan MADANI

 

KUALA LUMPUR, 21 NOV: Orang ramai dipelawa menyerahkan al-Quran tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau rosak untuk diganti dengan baharu, bersempena Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama tiga hari bermula esok.

KDN menerusi infografik memaklumkan pertukaran melalui program "Jom Exchange al-Quran (JEQ)" itu terhad kepada satu naskhah al-Quran setiap seorang.

Program 2TM dengan tema "MADANI di Hati, Rakyat Disantuni" yang akan berlangsung dari 9 pagi hingga 6 petang itu menawarkan pelbagai perkhidmatan membabitkan kementerian, agensi serta jabatan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan program berkenaan Sabtu ini.

Selain pameran perkhidmatan kementerian, pelbagai aktiviti dan tawaran menarik menanti orang ramai pada program itu antaranya reruai usahawan serta Jualan Rahmah MADANI.

Kira-kira 3,000 kekosongan kerja pelbagai jawatan ditawarkan pada program berkenaan selain perjawatan oleh 40 majikan pada karnival kerjaya dengan 150 perkhidmatan terpilih menanti pengunjung.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut menyediakan kaunter bayaran saman dan pertukaran topi keledar selain perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, tawaran pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) hingga 60 peratus.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.