ad
EXCO

Lebih 100 projek pembangunan dilaksana persekutuan di Selangor tahun depan

21 Nov 2024, 9:21 AM
Lebih 100 projek pembangunan dilaksana persekutuan di Selangor tahun depan

SHAH ALAM, 21 NOV: Sebanyak 114 projek pembangunan akan dilaksana kerajaan persekutuan di Selangor tahun depan, dengan peruntukan berjumlah RM1.56 bilion, kata EXCO kemajuan desa.

Menurut Datuk Rizam Ismail, sebanyak 93 projek bernilai RM1.22 bilion dikendalikan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah meliputi 24 projek baharu, manakala selebihnya sambungan.

Bagi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transfomasi Air pula, jelasnya, terdapat 21 projek termasuk 12 pembangunan di kawasan luar bandar Selangor, dengan dana sebanyak RM340 juta.

“Kerajaan Negeri bekerjasama rapat dengan kedua-dua kementerian ini bagi melaksanakan semua projek pembangunan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Dalam pada itu, Rizam berkata pihaknya akan memperhalusi cadangan wakil rakyat Perikatan Nasional untuk membina klinik kesihatan bergerak dan jaringan pengangkutan awam di Hulu Bernam.

“Saya sendiri akan berbincang dengan EXCO terlibat untuk memastikan kawasan yang jauh daripada akses kesihatan dan pengangkutan awam diberikan perhatian sewajarnya,” jelasnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.