ad
AGENSI

Lebih 150,000 pelajar sekolah bakal terima manfaat tuisyen percuma tahun depan

21 Nov 2024, 8:04 AM
Lebih 150,000 pelajar sekolah bakal terima manfaat tuisyen percuma tahun depan
Lebih 150,000 pelajar sekolah bakal terima manfaat tuisyen percuma tahun depan
Lebih 150,000 pelajar sekolah bakal terima manfaat tuisyen percuma tahun depan

SHAH ALAM, 21 NOV: Lebih 150,000 pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negeri bakal menerima manfaat Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang ditawarkan secara percuma, tahun depan.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata melibatkan peruntukan keseluruhan RM11 juta, PTRS tahun depan diperluas kepada murid sekolah rendah di 432 sekolah bagi program intervensi literasi dan numerasi.

Mengulas lanjut Ahmad Azri Zainal Nor berkata dianggarkan 130,000 pelajar tingkatan empat dan lima seluruh negeri bakal menikmati PTRS tahun depan menerusi peruntukan RM10 juta.

“Tahun depan akan ada program tambahan di peringkat sekolah rendah iaitu program intervensi literasi dan numerasi untuk murid kelas pemulihan. Pembikinan modul sudah diselesaikan dua minggu lalu dan kita jangka lancar program ini Mac tahun depan.

[caption id="attachment_674247" align="aligncenter" width="835"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor berucap sempena majlis perasmian Hari Terbuka MADANI Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana bertema Pendidikan MADANI Melahirkan Generasi Karamah Insaniah di Plaza Shah Alam pada 21 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Ia melibatkan 22,000 hingga 25,000 pelajar dengan pertambahan dana sebanyak RM1 juta menjadikan keseluruhan dana program PTRS tahun depan adalah RM11 juta,” katanya selepas program Hari Terbuka Madani Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana 2024, di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2025 memaklumkan RM10 juta diperuntuk untuk PTRS melibatkan pelajar tingkatan empat dan lima.

Manakala RM1 juta bagi program intervensi literasi dan numerasi khusus untuk murid sekolah rendah yang belum mampu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

PTRS bagi pelajar tingkatan empat dan lima adalah bantuan kelas tambahan bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Matematik Tambahan untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang prestasi pelajaran sederhana atau lemah.

Program dilaksana Kerajaan Negeri itu juga antara faktor menyumbang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Selangor mencatatkan pencapaian lebih baik.

[caption id="attachment_674248" align="aligncenter" width="1146"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor melakukan gimik perasmian Hari Terbuka MADANI Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana bertema Pendidikan MADANI Melahirkan Generasi Karamah Insaniah di Plaza Shah Alam pada 21 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.