ad
BERITA UTAMA

Lebih 3,000 penduduk terima manfaat pemeriksaan gigi secara percuma

21 Nov 2024, 4:00 AM
Lebih 3,000 penduduk terima manfaat pemeriksaan gigi secara percuma

SHAH ALAM, 21 NOV: Seramai 3,867 individu menerima manfaat pemeriksaan kesihatan gigi secara percuma melalui program Selangor Saring setakat 31 Oktober 2024.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata rawatan gigi antara yang ditawarkan dalam rawatan asas Iltizam Selangor Sihat (ISS) selain vaksinasi.

“Ia dikendalikan Selcare Management Sdn Bhd sejak 2022. Setiap penerima ISS dan ahli keluarga berdaftar layak mendapat rawatan ini.

“Had caj rawatan sebanyak RM70 bagi setiap rawatan di 21 klinik panel yang telah berdaftar di bawah ISS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wakil rakyat Bandar Baru Klang Dr Quah Perng Fei yang ingin mengetahui program kesihatan gigi yang dilaksana Kerajaan Negeri di Bangunan Annex, Wisma Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2025, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM20 juta bagi meneruskan program ISS.

Program membantu rakyat menerima bantuan rawatan asas secara percuma termasuk manfaat perlindungan kematian dan penyakit kritikal.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.