ad
EXCO

Guru Kafa di Selangor terima caruman KWSP, Perkeso tahun depan

20 Nov 2024, 5:31 AM
Guru Kafa di Selangor terima caruman KWSP, Perkeso tahun depan
Guru Kafa di Selangor terima caruman KWSP, Perkeso tahun depan

SHAH ALAM, 20 NOV: Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) seluruh negeri akan dibayar mulai tahun depan.

EXCO Agama Islam Dr Fahmi Ngah menjelaskan usaha pentadbiran negeri itu bagi mengatasi isu kekurangan tenaga pengajar Kafa, selain mengukuhkan kedudukan mereka pada masa hadapan.

"Untuk permulaan dalam memperkukuh kedudukan tenaga pengajar Kafa di Selangor, pentadbiran negeri akan memastikan bayaran KWSP dan Perkeso (guru Kafa) secara penuh tahun depan," katanya.

Menjawab soalan wakil rakyat Dengkil Datuk Seri Jamil Salleh dalam sidang Dewan Negeri hari ini, beliau berkata caruman bagi guru tambahan sedang diselaras dan akan dibentang kelak.

[caption id="attachment_448031" align="aligncenter" width="753"] Sebahagian guru kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) di Selangor. Foto ARKIB SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, Dr Fahmi memberitahu Jabatan Agama Islam Selangor mengambil langkah sesuai untuk menyelaras keperluan tenaga sumber manusia dan keselamatan pelajar mengikut dasar agensi terlibat.

Mengulas pembinaan sekolah agama di Kota Warisan, jelasnya, kerja awalan yang dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) akan dimulakan awal tahun depan dengan dana RM11.83 juta.

Bagi sekolah agama di Cyberjaya, beliau berkata pentadbiran negeri sedang mengenal pasti tapak bersebelahan Masjid Cyberjaya 10 untuk pewartaan sebelum dibawa dalam RMKe-13.

"Bagaimanapun, kita tetap terbuka untuk mendengar cadangan pembinaan sekolah di kawasan-kawasan lain yang bersesuaian," jelas Dr Fahmi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.