ad
BERITA UTAMA

Bangunan PAID Klang diteliti sebelum dinaik taraf jadi pusat perkembangan Islam

19 Nov 2024, 1:30 PM
Bangunan PAID Klang diteliti sebelum dinaik taraf jadi pusat perkembangan Islam

SHAH ALAM, 19 NOV: Kerajaan Negeri membuat penelitian terperinci ke atas bangunan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang sebelum dijadikan pusat perkembangan agama Islam.

EXCO Agama Islam Dr Fahmi Ngah berkata penelitian itu diperlukan sebelum proses menaik taraf bangunan berkenaan yang akan menyediakan pelbagai kemudahan.

"Pusat ini bukan sahaja menjadi pusat dakwah kepada umat Islam tetapi untuk bukan Islam yang mahu mendalami dan memahami Islam.

"Tempoh beroperasi pusat ini bergantung pada proses naik taraf bangunan PAID Klang tetapi dijangka ambil masa selewatnya dua tahun," katanya dihubungi Selangorkini.

Sebelum ini, ketika membentang Belanjawan Negeri 2025 Dato' Menteri Besar memaklumkan sejumlah RM5 juta diperuntuk untuk menaik taraf bangunan PAID Klang untuk dijadikan Pusat Perkembangan Agama Islam Negeri Selangor bertujuan memartabatkan agama Islam di Selangor.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata bangunan tersebut akan dibaik pulih tanpa mengubah struktur binaan sedia ada bagi mengekalkan struktur lama yang sebelum ini pernah menjadi pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.