SHAH ALAM, 19 NOV: Hampir 300,000 warga emas di negeri ini menerima baucar Jom Shopping Mesra bernilai RM150 sempena ulang tahun kelahiran setakat Oktober lalu.
EXCO kebajikan masyarakat berkata sumbangan menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi menghargai golongan berusia tetap diteruskan tahun depan walaupun pentadbiran mengembalikan semula bantuan skim khairat kematian.
“Program ini akan diteruskan seperti biasa mulai 1 Januari walaupun skim khairat akan bermula pada 1 Jun dengan jumlah sama.
[caption id="attachment_673899" align="aligncenter" width="1030"] EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari menjawab soalan ketika sesi Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kedua yang ke-15 di di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 19 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Buat masa ini Kerajaan Negeri memberi keutamaan untuk menambah baik inistiaf warga emas yang lebih holistik termasuk perkhidmatan yang bertepatan dengan keperluan golongan ini,” kata Anfaal Saari pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.
Bermula 2023, nilai baucar SMUE ditambah kepada RM150 melibatkan peruntukan RM37.5 juta dengan had kelayakan pendapatan isi rumah turut dinaikkan kepada RM3,000 sebulan.
Selain baucar, SMUE yang diperkenal lebih sedekad lalu pada 2008 bagi menyantuni golongan warga tua turut menyumbang khairat kematian RM500 kepada ahlinya.