ad
AGENDA

Warga emas maut jatuh perigi ketika ambil wuduk

17 Nov 2024, 3:09 PM
Warga emas maut jatuh perigi ketika ambil wuduk

KOTA BHARU, 17 NOV: Seorang lelaki warga emas ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam perigi di Kampung Tasek Bakong, Pasir Mas dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Shapawi Stapa berkata sepasukan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan mengenai kejadian pada 6.52 pagi.

“Mangsa yang dikenali sebagai Bahrom Ismail, 64, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shapawi berkata berdasarkan maklumat penduduk kampung, mangsa ke perigi berkenaan untuk mengambil wuduk namun dipercayai telah terjatuh.

Beliau berkata penduduk cuba membantu mangsa namun gagal kerana kedalaman perigi yang mencecah hingga lima meter.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.