ad
AGENDA

Tiga cedera lori lima tan rempuh 11 kereta, sebuah motor di MRR2

17 Nov 2024, 1:12 PM
Tiga cedera lori lima tan rempuh 11 kereta, sebuah motor di MRR2

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Tiga individu termasuk seorang wanita cedera ringan selepas sebuah lori lima tan melanggar 11 buah kereta termasuk kenderaan mereka dan sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 3.09 petang tadi.

Beliau berkata kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan dan berusia lingkungan 43 hingga 65 tahun itu diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi rawatan lanjut.

"Seramai tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera bomba.

"Operasi menyelamat dan pembersihan dilaporkan selesai pada 4.43 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.