ad
ADN

ADN harap jalan Meru diberi perhatian, tersenarai Projek Turapan Mega

17 Nov 2024, 8:04 AM
ADN harap jalan Meru diberi perhatian, tersenarai Projek Turapan Mega
ADN harap jalan Meru diberi perhatian, tersenarai Projek Turapan Mega

KLANG, 17 NOV: Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru menyambut baik pengumuman Belanjawan Selangor 2025 yang meneruskan inisiatif Projek Turapan Mega, tahun depan.

Mariam Abdul Rashid berharap beberapa jalan di kawasan terbabit diberi perhatian khusus dan tersenarai dalam projek berkenaan.

"Saya menyambut baik dan lega apabila mendengar projek itu diteruskan lagi dan saya berharap Meru tidak tertinggal daripada projek turapan berikutan banyak jalan yang agak teruk.

[caption id="attachment_673586" align="alignnone" width="875"] Ahli Dewan Negeri Meru Mariam Abdul Rashid (kanan) bersama Datuk Bandar Klang, Datin Paduka Noraini Roslan (dua kiri) selepas pelepasan peserta pada Hari Klang Tanpa Kenderaan sempena sambutan ulang tahun pertama MBDK di Padang Sultan Suleiman, Klang pada 16 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

"Terutama sekitar Jalan Paip kerap berlaku kemalangan sehingga membawa maut, banyak lori muatan berat lalu di jalan itu menyebabkan ia mendap. Saya harap Kerajaan Negeri teliti perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Hari Klang Tanpa Kenderaan di Stadium Sultan Suleiman di sini hari ini.

Jumaat lalu, Dato’ Menteri Besar mengumumkan Projek Turapan Mega diteruskan bagi meningkatkan kualiti jalan raya di seluruh Selangor tahun depan dengan peruntukan RM50 juta.

Jelas Dato Seri Amirudin Shari, Kerajaan Negeri sentiasa peka terhadap aduan rakyat berhubung kerosakan jalan yang memberi risiko kepada keselamatan dan keselesaan pengguna.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.