Oleh Fitri Hazim Hazam dan Dewi Abdul Rahman
SHAH ALAM, 17 NOV: Belanjawan Selangor 2025 yang dibentangkan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari baru-baru ini disifatkan menyeluruh dan memelihara kesejahteraan rakyat.
Berikut reaksi pemimpin negeri:
“Tema Selangor Dinamik: Cita Sempurna Malaysia Madani, pastinya memberi manfaat menyeluruh kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa kerana Selangor merupakan negeri majmuk.
"Belanjawan ini akan meneruskan keterbukaan dan inklusif kepada rakyat melalui pengagihan kepelbagaian hasil khazanah di Selangor.
DATO' NG SUEE LIM
EXCO Pembangunan Kerajaan Tempatan, Pelancongan, Pembangunan Kampung Baru
[caption id="attachment_673568" align="aligncenter" width="627"] EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim bercakap kepada media selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2025 di luar Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
"Harapan saya semua inisiatif ini akan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan seterusnya memenuhi aspirasi rakyat Selangor.
"Pada masa sama, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) akan ditubuh di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik memberi manfaat kepada warga emas untuk mengisi masa terluang memandangkan Selangor menuju ke masyarakat menua,”
MOHD NAJWAN HALIMI
EXCO Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana
[caption id="attachment_673573" align="aligncenter" width="627"] EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Mohd Najwan Halimi bercakap kepada media selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2025 di luar Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
"Belanjawan 2025 mencakupi semua sudut, daripada segi bantuan terus kepada rakyat, kakitangan, isu rakyat yang berbangkit seperti banjir, jalan raya, infrastruktur, memang menyeluruh.
"Saya yakin dan percaya rakyat Selangor amat gembira mendengar bajet yang dibentang".
DATUK JOHAN ABD AZIZ
ADN Dusun Tua
[caption id="attachment_673578" align="aligncenter" width="667"] ADN Dusun Tua Datuk Wira Johan Abd Aziz bercakap kepada media selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2025 di luar Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
"Belanjawan Selangor 2025 menitik beratkan kepentingan rakyat. Belanjawan yang inklusif dan selari perkembangan semasa seperti menumpukan aspek kecerdasan buatan (AI) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
"Antara tumpuan lain yang diberi perhatian adalah isu strata, jadi dengan pengumuman belanjawan oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ia akan dapat menyelesaikan banyak masalah penduduk strata di Selangor"
MOHD KAMRI KAMARUDDIN
ADN Bukit Antarabangsa
[caption id="attachment_673572" align="aligncenter" width="672"] Timbalan Speaker Negeri Mohd Kamri Kamaruddin bercakap kepada media selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2025 di luar Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
"Bagi saya, Belanjawan Selangor 2025 perlu menambah baik isu berkaitan rumah terbengkalai.
“Ia merupakan perkara yang perlu diselesaikan kerana melibatkan kepentingan rakyat, terutamanya di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib."
ROSNIZAN AHMAD
ADN MORIB
[caption id="attachment_673570" align="aligncenter" width="665"] ADN Morib Rosnizan Ahmad bercakap kepada media selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2025 di luar Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
"Sebagai anak muda, belanjawan kali ini memang menarik kerana menumpukan kepada pendidikan yang melibatkan jumlah sangat tinggi, jadi itu adalah salah satu perkara sangat baik khususnya untuk anak Selangor yang sedang melanjutkan pengajian.
"Di DUN Kota Damansara juga ramai anak muda. Terdapat beberapa universiti di kawasan itu, jadi ia secara tidak langsung memberi dampak yang bagus untuk penduduk kawasan itu.
“Dengan pembentangan belanjawan meliputi inisiatif Skim Ceria dan Rewang Strata misalnya, pasti memberi kesan baik untuk penduduk."
IZUAN KASIM
ADN Kota Damansara
[caption id="attachment_673571" align="aligncenter" width="675"] ADN Kota Damansara Muhammad Izuan Ahmad Kasim bercakap kepada media selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2025 di luar Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Dari aspek kebajikan, ada satu elemen menarik yang baharu diwujudkan iaitu skim khairat kematian bantuan hingga RM1,000. Sebelum ini ada beberapa bantuan insentif sama menawarkan khairat kematian namun tidak sama, oleh itu dengan skim baharu ini ia lebih selaras dengan satu tawaran sahaja.
“Dana RM400,000 untuk menaik taraf Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menampung keperluan badan bukan kerajaan (NGO) yang kekurangan sumber kewangan bagi menjalani aktiviti di PAWE ini.
“Saya kira untuk kebajikan banyak perkara menarik, tetapi untuk wanita dan OKU ada sedikit kekurangan selain penubuhan Yayasan Insan Istimewa Selangor, jadi kita akan teruskan (inisiatif) mengikut sumber yang ada,"
ANFAAL SAARI
EXCO Pemberdayaan Wanita & Keluarga, Kebajikan Masyarakat & Ekonomi Penjagaan
[caption id="attachment_673579" align="aligncenter" width="671"] EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari bercakap kepada media selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2025 di luar Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]