ad
AGENDA

Lewat daftar masuk punca pergaduhan dua individu di KLIA

16 Nov 2024, 2:05 PM
Lewat daftar masuk punca pergaduhan dua individu di KLIA

PUTRAJAYA, 16 NOV: Kelewatan mendaftar masuk dipercayai menjadi punca perselisihan faham antara penumpang tempatan dengan seorang pekerja syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 10 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Azman Shari'at berkata polis menerima laporan berkaitan insiden berkenaan daripada petugas syarikat penerbangan.

“Akibat selisih faham itu, berlaku pergaduhan kecil dan petugas syarikat penerbangan berkenaan mengalami kecederaan ringan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan kes itu dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Azman berkata orang ramai dinasihatkan tidak menyebar atau memuat naik sebarang kenyataan yang tidak benar dan palsu kerana tindakan sedemikian boleh disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular video berdurasi 25 saat yang memaparkan insiden pergaduhan di KLIA Terminal 1 melibatkan dua individu.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.