SELAYANG, 16 NOV: Pengisytiharan Gombak Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai geopark kebangsaan negeri bakal menyumbang kepada peningkatan jumlah pelancong sempena Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025.
Dato’ Menteri Besar berkata masih mengekalkan landskap semula jadi, kawasan berkenaan turut memiliki granit banjaran utama berusia antara 200 ke 220 juta tahun serta batuan pliestosen paling selatan di benua Asia berusia sehingga 500 juta tahun.
“Kawasan ini turut memiliki Permatang Kuarza Gombak Selangor sejauh 14 kilometer yang merupakan kuarza terpanjang di Asia Tenggara serta lombong arang batu tertua negara di Arang Batu.
[caption id="attachment_673486" align="aligncenter" width="1051"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama penerima cek cura sekolah rintis ketika majlis pengisytiharan Gombak-Hulu Langat Geopark sebagai Geopark Kebangsaan pertama Selangor di Taman Ekstrem Gua Damai Gombak pada 16 November 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Kerajaan Negeri yakin geopark ini akan menjadi peneraju utama mempromosi Selangor terutama kepada pencinta segmentasi eko dan geo pelancongan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika berucap pada majlis pengisytiharan berkenaan.
Terdahulu sempena Karnival Gua Damai, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mengisytihar GHL Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama negeri.
Pengisytiharan itu sekali gus menjadikan kawasan mengandungi tapak warisan geologi itu sebagai geopark ke tujuh negara.
GHL Geopark yang merupakan antara tarikan eko pelancongan negeri ini merangkumi kawasan seluas 112,955 hektar merentasi daerah Gombak dan Hulu Langat.
Menampilkan 31 geotapak, 20 daripadanya telah diiktiraf sebagai kawasan pelancongan eko dan geo berikutan landskap semula jadi selain geologinya kekal terpelihara.
[caption id="attachment_673488" align="aligncenter" width="1076"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkenan melihat Gimik Terjunan Base Jump oleh penerjun profesional ketika Majlis Pengisytiharan Gombak-Hulu Langat Geopark sebagai Geopark Kebangsaan pertama Selangor di Taman Ekstrem Gua Damai Gombak pada 16 November 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]