ad
ADN

Waktu sidang DUN akan ditambah, beri ruang ADN bahas RUU perbekalan

16 Nov 2024, 12:22 AM
Waktu sidang DUN akan ditambah, beri ruang ADN bahas RUU perbekalan
Waktu sidang DUN akan ditambah, beri ruang ADN bahas RUU perbekalan

SHAH ALAM, 16 NOV: Waktu persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri (DUN) Selangor dijangka ditambah bermula esok.

Speaker Lau Weng San berkata ia bagi memberi ruang secukupnya buat Ahli Dewan Negeri (ADN) membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2024.

“Saya jangka ada tambahan masa bermula Isnin depan untuk memberi waktu cukup buat ADN untuk berucap selain menjimatkan tempoh persidangan hingga 28 November ini.

[caption id="attachment_673430" align="aligncenter" width="993"] Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Lau Weng San ketika sidang media selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2025 pada 15 November 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kedua-dua RUU ini dijadual dibahas pada minggu kedua (25 hingga 28 November),” katanya ditemui selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2025 di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam.

Dalam pada itu, Lau memaklumkan pihaknya menerima 854 soalan merangkumi lisan (432) dan bertulis (422) daripada wakil rakyat Kerajaan Negeri, pembangkang dan bebas.

“Manakala 10 soalan bertulis dan lisan (empat) ditolak kerana dikemukakan dalam bentuk kenyataan bukannya pertanyaan.

“Saya harap semua ADN dapat melicinkan teknik untuk pertanyaan soalan supaya tidak membazir masa di sidang DUN,” ujarnya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.