ad
AGENDA

Peruntuk RM20 juta Iltizam Selangor Sihat, rakyat dapat rawatan percuma

15 Nov 2024, 12:31 PM
Peruntuk RM20 juta Iltizam Selangor Sihat, rakyat dapat rawatan percuma

SHAH ALAM, 15 NOV: Sejumlah RM20 juta diperuntuk bagi membantu golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi kos perubatan yang semakin meningkat melalui program Iltizam Selangor Sihat (ISS).

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berkata, ISS membolehkan rakyat Selangor menerima bantuan rawatan asas secara percuma termasuk manfaat perlindungan - kematian dan penyakit kritikal.

"Penghujung tahun lepas program ISS terus dipertingkatkan dengan pengenalan manfaat hospitalisasi (rawatan pesakit dalam) di panel hospital swasta.

"Bagi mengukuhkan lagi penjagaan kesihatan bagi rakyat Selangor yang kurang berkemampuan, Kerajaan Negeri akan mengembangkan manfaat hospitalisasi ISS meliputi rawatan dialisis secara percuma sehingga tiga bulan dengan had RM10,000," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2025 di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Katanya, langkah itu akan membantu rakyat yang menghidap penyakit kronik buah pinggang menerima rawatan dialisis.

Program ISS merupakan salah satu program ‘signature’ Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat negeri yang kurang berkemampuan dalam menghadapi kos perubatan yang semakin meningkat.

Bantuan lain disediakan adalah seperti berikut:

- Iltizam Selangor Sihat Penjawat Awam – Peruntukan RM1 juta

- Bantuan Sihat Selangor – Peruntukan RM5 juta

- Skim Rawatan Jantung – Peruntukan RM5 juta

- Selangor Saring – Peruntukan RM2 juta

- Selangor Mental Sihat – Peruntukan RM500,000

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.