ad
AGENDA

Program bantuan sekolah, baik pulih infrastruktur diterus tahun depan

15 Nov 2024, 10:38 AM
Program bantuan sekolah, baik pulih infrastruktur diterus tahun depan

SHAH ALAM, 15 NOV: Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor diteruskan tahun depan melibatkan peruntukan sebanyak RM26.5 juta.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata sejumlah RM259.3 juta dibelanjakan dengan purata 1,000 sekolah menerima manfaat setiap tahun sejak ia diperkenal pada 2009 hingga kini.

"Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor merupakan program bantuan bagi membaik pulih infrastruktur sekolah dan membantu menyediakan persekitaran yang kondusif," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2025.

Sekolah yang layak memohon Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor termasuk sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan dan sekolah mubaligh.

Antara lain sekolah agama rakyat atau sekolah rendah agama integrasi yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor dan maahad integrasi tahfiz sains.

Selain itu, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), SJK Tamil (SJKT), sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) dan sekolah menengah persendirian Cina (SMPC).

Permohonan hendaklah dibuat melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) secara dalam talian menerusi laman sesawang www.ssipr.selangor.gov.my.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.