SHAH ALAM, 15 NOV: Lebih RM95 juta diperuntuk bagi memelihara dan mempertingkat jaringan jalan negeri pada tahun depan, kata Dato' Menteri Besar.
Dato' Seri Amirudin Shari berkata dana itu digunakan untuk membaik pulih 4,359km jalan negeri di sembilan daerah termasuk yang menghubungkan dengan jalan persekutuan.
"Selain itu, pelbagai rancangan program pembangunan jalan yang melibatkan kerja-kerja bukan fizikal di seluruh Selangor dengan anggaran peruntukan sebanyak RM18.92 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2025.
Berikutan pembangunan infrastruktur bukan fizikal:
- program pasang lampu jalan dan isyarat babit dana RM3.6 juta
- RM2.25 juta jayakan program tingkat aspek keselamatan
- naik taraf jalan-jalan seluruh negeri babit dana RM3 juta
- projek one-off bina jambatan baharu di Hulu Langat (RM4 juta), naik taraf Simpang dan Jalan di Ampang Jaya (RM3 juta)
- RM500,000 baik pulih cerun
- pengambilan balik tanah dengan peruntukan RM2 juta
- peruntuk RM570,000 lantik perunding kajian trafik
- RM10.4 juta bina tiga jambatan di Sepang, Tanjung Karang dan Hulu Selangor