ad
AGENDA

Khidmat ambulans percuma di empat pihak berkuasa tempatan

15 Nov 2024, 9:11 AM
Khidmat ambulans percuma di empat pihak berkuasa tempatan

SHAH ALAM, 15 NOV: Kerajaan Negeri memperkenalkan perkhidmatan Ambulans Kita Selangor secara percuma di empat pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum diperluas ke kawasan pentadbiran lain.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berkata, perkhimatan itu membabitkan kos RM1 juta melalui Tabung Selangor Bangkit.

"Sebagai komitmen bahawa pentadbiran ini bukan sahaja mampu mengumumkan program baharu tetapi mempunyai tekad untuk melaksana.

"Tahun hadapan Kerajaan Negeri menawarkan perkhidmatan Ambulans Kita Selangor secara percuma dengan kerjasama penyedia perkhidmatan sedia ada seperti Persatuan Bulan Sabit Merah dan St John Ambulance Malaysia agar rakyat dapat memanfaatkan perkhidmatan ini bagi tujuan kecemasan tanpa perlu risau pasal kos," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2025 di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau berkata komitmen menyediakan khidmat ambulans itu adalah salah satu ikhtiar dalam Lima Tekad Lima Tahun ketika menghadapi pilihan raya negeri tahun lalu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.