ad
AGENDA

Belanjawan 2025 dibentang 3 petang, laporan langsung di Media Selangor

14 Nov 2024, 11:50 PM
Belanjawan 2025 dibentang 3 petang, laporan langsung di Media Selangor

SHAH ALAM, 15 NOV: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari akan membentangkan Belanjawan Selangor 2025 bermula jam 3 petang ini.

Berlangsung di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS), laporan berita boleh diikuti melalui portal selangorkini.my, Selangor JournalSelangorkini Mandarin dan Selangorkini Tamil.

Siaran langsung boleh ditonton menerusi pautan https://selangortv.my/ dan media sosial seperti Facebook MediaSelangor Instagram, X, Telegram, TikTok selain platform MYTV.

Pada 30 Oktober, Dato’ Menteri Besar berkata belanjawan negeri tahun depan menggariskan beberapa inisiatif khusus bagi memacu ekonomi serta menarik pelaburan ke negeri ini.

Amirudin berkata berkata usaha berterusan perlu dilakukan untuk meneruskan momentum negeri sebagai penyumbang ekonomi terbesar negara sekali gus menjamin limpahan manfaat dinikmati rakyat.

Sebelum ini, Speaker DNS Lau Weng San berkata pembentangan Belanjawan Selangor 2025 bersekali dengan sidang dewan yang dijadual berlangsung sehingga 29 November.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.