ad
ADN

ADN Kota Damansara peruntuk RM50,000 turap jalan persendirian

14 Nov 2024, 12:30 PM
ADN Kota Damansara peruntuk RM50,000 turap jalan persendirian

SHAH ALAM, 14 NOV: Sejumlah RM50,000 diperuntuk bagi kerja turapan jalan persendirian yang menghubungkan Kampung Melayu Subang dan Subang Perdana, kata wakil rakyat Kota Damansara.

Izuan Kasim berkata proses turapan jalan yang bermula minggu lalu itu menggunakan dana pembangunan projek kecil Dewan Undangan Negeri Kota Damansara.

Menurutnya, tiada peruntukan turapan untuk jalan persendirian tetapi laluan tersebut sering digunakan penduduk menghantar anak ke sekolah selain menjadi penghubung dari Kampung Melayu Subang ke Subang Perdana.

"Oleh itu, kita ambil inisiatif menurap laluan ini yang kita menjadi jalan utama kepada penduduk setempat. Malah, kita sedang dalam proses mendaftarkan laluan tersebut supaya menjadi jalan rasmi.

"Di peringkat pejabat tanah tiada halangan dan mereka telah mengeluarkan surat kebenaran pendaftaran. Kita sedang tunggu proses berikutnya dan jangka pendaftaran laluan ini sebagai jalan rasmi selesai tahun depan," katanya dihubungi SelangorKini.

Beliau turut berhasrat meletakkan lampu jalan di sekitar kawasan tersebut tahun depan untuk keselesaan dan keselamatan penduduk.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.